Perkhidmatan MyKlinik

  • eGL
  • eLab
  • eXray
  • eBorang
  • eTemujanji
  • eKaunseling

eGL

Kemudahan ini disediakan untuk Kakitangan /Tanggungan Kakitangan/Pesara membuat permohonan Surat Jaminan Hospital (Guarantee Letter) kepada Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar (JKAS) serta kelulusan secara online dengan mudah dan cepat bagi mendapatkan rawatan di hospital panel swasta yang disenaraikan.

Kakitangan /Tanggungan Kakitangan/Pesara boleh mencetak Surat Jaminan untuk dikemukakan kepada pihak hospital.

Sistem ini diintegrasikan dengan Sistem DCOS (DBKL Core System) bagi membolehkan proses semakan kelayakan serta pengesahan maklumat gaji kakitangan dibuat secara automatik (real-time)

eLab

Kemudahan ini disediakan untuk kakitangan menyemak keputusan ujian darah yang dibuat di Panel Makmal DBKL secara online sebagai rujukan individu atau rujukan Klinik Kakitangan DBKL, JKAS.

Sistem ini membantu proses semakan menjadi lebih efisien bagi membolehkan kakitangan turut memantau status kesihatan masing-masing dengan lebih mudah dan cepat.

eXray

Kemudahan ini disediakan untuk kakitangan menyemak keputusan X-Ray yang dibuat di Panel X-Ray DBKL secara online sebagai rujukan individu atau rujukan klinik Klinik Kakitangan DBKL, JKAS.

Sistem ini membantu proses semakan menjadi lebih efisien bagi membolehkan kakitangan mendapat akses yang lebih cepat kepada keputusan perubatan masing-masing.

eBorang

Kemudahan ini disediakan untuk jabatan-jabatan (akses kepada kakitangan yang dibenarkan sahaja) bagi borang-borang permohonan perkhidmatan Klinik Kakitangan DBKL di JKAS secara online bagi mengurangkan penggunaan kertas dan meningkatkan kecekapan operasi.

Borang-borang permohonan adalah seperti berikut:

  • Borang Permohonan Perlindungan Perubatan
  • Borang Permohonan Peti Pertolongan Cemas
  • Borang Permohonan Pemeriksaan Kesihatan
  • Borang Permohonan Ambulan

eTemujanji

Kemudahan ini disediakan sebagai alternatif penggunaan buku temujanji manual yang dibawa oleh kakitangan semasa menghadiri rawatan di Klinik Kakitangan DBKL, JKAS. Melalui sistem ini, rekod penjadualan temujanji klinik disimpan secara sistematik dan boleh disemak secara online dengan lebih mudah, cepat dan teratur

eKauseling

Kemudahan ini disediakan untuk kakitangan bagi mendapatkan khidmat kaunseling, membuat temujanji serta menjalani ujian psikologi secara online yang diselia oleh Unit Kebajikan Dan Kaunseling, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia (JPSM). Sistem ini membolehkan permohonan kaunseling dibuat seperti berikut:

  • Sesi kaunseling secara individu yang dimohon oleh kakitangan
    Kakitangan boleh membuat temujanji dengan memilih tarikh dan masa yang sesuai dan akan menerima notifikasi emel bagi pengesahan temujanji
  • Sesi kaunseling yang dirujuk oleh jabatan
    Semua jabatan (akses kepada kakitangan yang dibenarkan sahaja) boleh menyelaras dan membuat permohonan sesi kaunseling kakitangan di jabatan masing-masing untuk dirujuk kepada Unit Kebajian Dan Kaunseling, JPSM
  • Sesi kaunseling berkelompok yang diselaraskan oleh Unit Kebajikan Dan Kaunseling, JPSM
    Jabatan-jabatan dan kakitangan akan menerima notifikasi emel bagi pengesahan jemputan sesi kaunseling secara berkelompok yang perlu dihadiri oleh kakitangan seperti senarai yang ditetapkan oleh Unit Kebajikan Dan Kaunseling, JPSM

UJIAN PSIKOLOGI

INFO UJIAN PSIKOLOGI

Ujian I-DASS 21

DEPRESSION STRESS ANXIETY SCALE (DASS) merupakan ujian saringan awal untuk menilai tahap kemurungan, kebimbangan dan stress melalui simptom yang dialami oleh individu. Secara umumnya ujian ini hanyalah sekadar saringan awal dan akan berubah mengikut keadaan semasa. Ujian ini mengandungi 21 soalan.

Laman ini adalah satu inisiatif dari Unit Kebajikan dan Kaunseling, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia untuk mengukur tahap kesejahteraan minda warga kerja DBKL.

Ujian psikologi I-DASS 21 ini menggambarkan keadaan anda SEPANJANG MINGGU YANG LALU.

Sila Log Masuk ke Sistem MyKlinik untuk menjawab ujian ini

Ujian GAD-7

Ujian PHQ-9

PATIENT HEALTH QUESTIONNAIRE adalah ujian saringan awal yang mempunyai 9 soalan. Ujian ini dicipta untuk membantu dalam menilai kesihatan mental dan mengenal pasti tanda-tanda awal yang menyebabkan kemurungan.

Sila Log Masuk ke Sistem MyKlinik untuk menjawab ujian ini.

Ujian IPW

INVENTORI PERSONALITI WARNA adalah inventori yang mengandungi 100 soalan yang mempunyai format 'Ya' atau 'Tidak'. IPW ini adalah satu alat ukuran yang bertujuan untuk mengukur atau mengenal pasti ciri-ciri personaliti berasaskan personaliti warna iaitu Emas, Hijau, Biru dan Jingga. Ujian ini perlu diselesaikan dalam masa 20 hingga 30 minit

Sila Log Masuk ke Sistem MyKlinik untuk menjawab ujian ini.

UNIT KEBAJIKAN DAN KAUNSELING (JPSM)

Kaunselor

Hubungi Kami

Lokasi

Klinik Kakitangan Dan Tanggungan DBKL
Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar,
Jalan 3/91A, Taman Shamelin Perkasa
56100 Kuala Lumpur

Tel

Tel: 03-2109 2100
Fax: 03-2109 9260

Email

jkas@dbkl.gov.my

Lokasi

Unit Kebajikan & Kaunseling,
Jabatan Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 11, Menara DBKL 1,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur

Tel

03-2617 9603 / 9625

Emel

counselor.dbkl@gmail.com